Saturday, November 2, 2013

let's have a talk

dan seseungguhnya aku ingat-ingat lupa password nak masuk benda alah ni. ye lah. dulu guna masa sekolah. masa ada cinta dalam hati. sekarang ni.. hoho no more love, no more VIP, no more late night conversations. ahhh who cares???? sepanjang 21 tahun hidup ni ( oh dah cukup 21 tahun so dah boleh cakap) , aku banyak berfikir. fikir pasal ayat orang selalu cakap ,"yang lepas biar lepas. tak payah nak kenang". jap. aku memang 110% tak setuju dengan statement ni. sebab nya, kalau takde dulu takde sekarang. nak tak nak kau kena kenang jugak. bagi aku ayat ni untuk manusia yang loser tahap gilababi punya. sorry bahasa kasar. kau kena jugak ingat benda dah lepas tu. untuk kau belajar. nak taknak benda tu diri kau jugak. dalam diri kau. kau cuba lah nak lupa macam mana pun memang tak dapat. lain lah kalau kau kena langgar lori ayam, kepala terhentak kuat, lepas tu lupa ingatan. itu memang logik kalau kau lupa terus. benda lalu tu kau kena kenang untuk buat kau belajar. jangan buat salah sama. kalau ada benda yang kau buat salah masa dulu, betulkan masa sekarang ni. kau nak hidup dalam rasa bersalah sampai mati? betul kan balik. baru kau boleh hidup tenang. kalau kau buat-buat lupa benda kau dah buat salah masa dulu tu pun, still benda salah tu ada lagi dekat kau. ada dalam diri kau. tak hilang mana pun. jadi, betulkan balik salah kau. kalau salah dekat manusia, betulkan. minta maaf. kalau salah dekat Tuhan, minta ampun, bertaubat. cuba buat. belajar jadi kuat. belajar jadi berani. jangan jadi penakut yang lupakan hal lalu. nak langkah ke masa depan, kau kena selesaikan hal sebelum ni dulu. baru kau jadi orang betul-betul bagus masa depan ni.

"Life is one helluva story".

Thursday, July 25, 2013

bangun

akan ada satu saat, yang mana kau paling rindukan diri kau sendiri. ya, diri kau. bukan orang lain. kau sendiri tak sedar bila. kenapa, di mana hal begini terjadi. mungkin atas faktor persekitaran atau mungkin juga atas sebab diri kau sendiri pun tak tahu jawapannya.

---

mungkin kau terlalu lama terkurung dalam sangkar diri kau. keluar lah. terbanglah. bebaslah. jadi seperti burung yang tetap megah melayang ke udara dengan sayapnya yang kukuh -- sayap yang tak patah.

Wednesday, October 26, 2011

hey kau dari mana?

hey hooooo. hello blog. dah la tak tulis, caci maki dekat sini kan? malas la weh. masa untuk ni semua dah kurang. haha. maaf ya.. lagi pun tak ada apa nak merepek dekat sini. tapi sekarang macam ada benda je nak cakap. kita terus dekat main point kita ya..

cerita pasal orang yang tak sedar asal usul, lupa diri, bajet bagus.. haha kasar kan bunyi? kesah apa aku! aku nak cakap. aku punya suka.. haha cerita tak kan timbul kalau tak ada benda yang jadi. aku cerita sebab apa yang jadi memang betul-betul jadi. dekat sekeliling aku.

orang yang tak sedar asal usul, lupa diri, bajet bagus.. kadang-kadang aku terfikir jugak. ada lagi ke orang yang macam ni hidup dekat dunia ni? yela dunia kan dah moden. bukan dunia macam cerita si tanggang dulu. dunia dah maju, tapi kau still lagi perangai macam tu. apa kau fikir kau dah cukup moden dengan perangai kau macam tu?

kadang-kadang aku kesian dengan orang yang macam ni. yelah cuba fikir kan. kau buat perangai macam tu semata-mata nak tunjuk kau bagus. nak tunjuk kau hebat. tapi padahal kau buat diri kau kena hina, kena caci.. orang tak pandang pun kau la. jangan nak perasan bagus sangat. sedar la diri tu sikit.. dari mana kau datang. siapa diri kau.. jangan nak bajet kau tu bandar sangat la. sedar sikit dekat mana kau berpijak. jangan nak bangga dengan tempat orang kalau kau pun tak tahu sangat tempat tu.. kau bajet macam kau tau la semua ceruk dekat situ.padahal kau cuma tahu satu tempat tu je. satu je ea? jangan nak kepoh sangat la cakap macam ni. "i tau la tempat tu. you tau tak tempat ni? i pernah pergi sini la.." padahal tempat kau pergi tu orang yang dah biasa sangat hidup dekat situ tak heran pun.. jangan nak jadi jakun sangat la.. nanti orang pandang kau kesiannn gilaaaaaa. kau tak kesian ke dekat diri kau? tipu diri sendiri. tak sedar asal usul. tempat kau sendiri tak pernah pulak kau nak bercerita. tempat orang yang kau heboh-hebih kan. haissshhhhhh tolong la bangga dengan jati diri kau. asal usul kau. takde orang pun nak hina la tempat kau hidup. takde orang nak caci kau kalau kau tak tahu bandar besar tu apa.

hey tolong la bangun. umur dah besar panjang. jangan la nak buat perangai macam ni.. macam mana negara nak maju kalau ada orang yang macam ni? nak bajet bagus. macam dia tahu semua benda padahal kau tak tau apa-apa. tak nak mengaku asal-usul.. haisshhhh. kalau kau nak jadi BANDAR sangat pun.. tak payah la nak ada peranagi macam ni. fyi, orang bandar tak buat perangai macam ni tau. orang kampung yang tak sedar diri je buat macam ni. aku rasa kau ni orang yang macam tu la.. nak bajet-bajet pulak. bangga la dengan tempat asal kau. tak rugi apa-apa pun..

aku sendiri bangga dengan diri aku. asal-usul aku. aku tahu aku siapa. aku tahu mana tempat aku. aku tahu asal-usul aku. ya. aku mengaku. aku bukan orang bandar. dekat mata orang lain tempat aku duduk tak ada benda yang boleh dibanggakan. tapi dekat mata aku.. aku bangga sangat dengan tempat aku duduk sekarang. even though tempat ni kecil tak macam bandar besar tu aku still bangga sebab dapat duduk sini. takde tempat lain pun macam tempat aku duduk ni. aku bangga jadi orang Nilai. mungkin tak ramai pun tahu Nilai tu dekat mana. Nilai ni bukan nya bandar besar macam Kuala Lumpur yang semua orang pun tahu. Nilai ni kecil sahaja. Nilai letak nya dekat Negeri Sembilan. kalau dekat peta Malaysia tu.. adalah nampak tak nampak je Nilai ni.. tapi aku bangga weh dengan daerah kecil ni. aku selalu cerita dekat prang pasal Nilai. aku tak cerita pun pasal bandar besar yang lain. untuk apa aku cerita? bukan aku ada dalam kalangan orang-orang sana. aku sedar siapa aku. asal usul aku.

entry ni bukan nak caci maki siapa. bukan nak tunding jari mengata pasal siapa. cuma nak sedar kan manusia tentang penting nya ingat asal usul kita. bangga la dengan tempat kita berteduh, berlindung. jangan nak bangga sangat dengan tempat orang. hujan batu dekat tempat orang. hujan emas dekat negeri snedri. harap-harap sesiapa yang ada perangai yang macam ni berubah la lepas baca entry ini. jangan nak bodoh kan diri sendiri sangat.. okie. itu sahaja. peace!




sekian,
qla husin.

Friday, May 27, 2011

saya datang leps tu saya pergi

eh hai! lame tak datang-singgah-bebel sikit-sikit dekat sini kan? haaaa.. malas sebenarnya. lagi pun busy tau. haha. oh result semester dua dah dapat. okie la.. alhamdulillah. takde paper yang fail. lulus semua. tak rugi study betul-betul. apa yang kta bagi itu yang kita dapat. ya. belajar dari kesilapan. itu yang aku dapat.

semester tiga ni. study betul-betul. tak nak main-main lagi macam semester satu yang bengong tahap karma tu. haha. oh semester tiga ni.. tak tau nak cakap apa. haha. ikut je la apa yang nak jadi. tak nak fikir sangat. malas.

okie tu saja. babai!


sekian,
qla husin.

Saturday, April 30, 2011

tutup semester dua

errr. helo. hai. okie datang balik lepas lama hilang. dah ada dekat rumah. cuti sem dah start. good! lepas dah semua beban. hilang dah semua tekanan. hilang dah apa-apa yang hilang. ha? apekah? merepek... grrrrr

semester dua. haha. penuh konterversi. penuh carutan, makian, apa-an lagi... haish... tak baik... nak bagitau apa? tak ada banyak sangat. cuma ambil ruang sikit nak cakap terima kasih dekat siapa-siapa yang ada dengan aku masa susahsenangtaksenangkurangsenang. first sekali, terima kasih diucap kan kepada syaz yang banyak simpan apa aja yang kite cakap kan dekat kau. yang banyak rasa apa kita rasa. yang jadi kawan yang baik. pehhhhh. first time kot puji kau. bahaha. okie. secondly untuk zetty. terima kasih jugak awak. last sekali dekat zul. yeah zul! kau! haha. terima kasih sebab bagi bahu dengan telinga kau dekat aku. terima kasih sebab ada. oh sorry jugak sebab buat kau sakit jantung terkejut sebab petang tu. haha. sorry doh... takde niat pun. tapi serius aku okie gila lepas tu. mana tak okie nye. dah melalak meraung aku kalau tak okie tak tau la kan... haha. pape pun... tenkiu bebeh! dekat yang lain pun terima kasih jugak la... tapi korang baca ke ni? memang tak la kan... gehehehe

apa lagi nak cerita? final? oh final! sangat susah boleh tak? pelik kot... adoii... tu je boleh cakap. haha. aku tak study ke soalan yang lain? aku tak study kot... tapi dah nak buat camne... tawakal je lah... senyuuummmmmmmmmm HAHA

cuti sem. *senyum*
itu sahaja yang mampu. haha bye!


nota kaki: aku tak banyak cakap sekarang. kurang cakap. kurang tulis. haishhhh. cuti sem aku carik balik apa yang hilang. bye!



sekian,
qla husin.

Sunday, March 20, 2011

.

kurang cerita.
kurang cakap.
kurang idea.
kurang menulis.
kurang perasaan.

nanti aku datang lagi. bye!


sekian,
qla husin.

Sunday, March 6, 2011

setahun suku lagi...
senyum lebar-lebar. (:


sekian,
qla husin.