Wednesday, October 26, 2011

hey kau dari mana?

hey hooooo. hello blog. dah la tak tulis, caci maki dekat sini kan? malas la weh. masa untuk ni semua dah kurang. haha. maaf ya.. lagi pun tak ada apa nak merepek dekat sini. tapi sekarang macam ada benda je nak cakap. kita terus dekat main point kita ya..

cerita pasal orang yang tak sedar asal usul, lupa diri, bajet bagus.. haha kasar kan bunyi? kesah apa aku! aku nak cakap. aku punya suka.. haha cerita tak kan timbul kalau tak ada benda yang jadi. aku cerita sebab apa yang jadi memang betul-betul jadi. dekat sekeliling aku.

orang yang tak sedar asal usul, lupa diri, bajet bagus.. kadang-kadang aku terfikir jugak. ada lagi ke orang yang macam ni hidup dekat dunia ni? yela dunia kan dah moden. bukan dunia macam cerita si tanggang dulu. dunia dah maju, tapi kau still lagi perangai macam tu. apa kau fikir kau dah cukup moden dengan perangai kau macam tu?

kadang-kadang aku kesian dengan orang yang macam ni. yelah cuba fikir kan. kau buat perangai macam tu semata-mata nak tunjuk kau bagus. nak tunjuk kau hebat. tapi padahal kau buat diri kau kena hina, kena caci.. orang tak pandang pun kau la. jangan nak perasan bagus sangat. sedar la diri tu sikit.. dari mana kau datang. siapa diri kau.. jangan nak bajet kau tu bandar sangat la. sedar sikit dekat mana kau berpijak. jangan nak bangga dengan tempat orang kalau kau pun tak tahu sangat tempat tu.. kau bajet macam kau tau la semua ceruk dekat situ.padahal kau cuma tahu satu tempat tu je. satu je ea? jangan nak kepoh sangat la cakap macam ni. "i tau la tempat tu. you tau tak tempat ni? i pernah pergi sini la.." padahal tempat kau pergi tu orang yang dah biasa sangat hidup dekat situ tak heran pun.. jangan nak jadi jakun sangat la.. nanti orang pandang kau kesiannn gilaaaaaa. kau tak kesian ke dekat diri kau? tipu diri sendiri. tak sedar asal usul. tempat kau sendiri tak pernah pulak kau nak bercerita. tempat orang yang kau heboh-hebih kan. haissshhhhhh tolong la bangga dengan jati diri kau. asal usul kau. takde orang pun nak hina la tempat kau hidup. takde orang nak caci kau kalau kau tak tahu bandar besar tu apa.

hey tolong la bangun. umur dah besar panjang. jangan la nak buat perangai macam ni.. macam mana negara nak maju kalau ada orang yang macam ni? nak bajet bagus. macam dia tahu semua benda padahal kau tak tau apa-apa. tak nak mengaku asal-usul.. haisshhhh. kalau kau nak jadi BANDAR sangat pun.. tak payah la nak ada peranagi macam ni. fyi, orang bandar tak buat perangai macam ni tau. orang kampung yang tak sedar diri je buat macam ni. aku rasa kau ni orang yang macam tu la.. nak bajet-bajet pulak. bangga la dengan tempat asal kau. tak rugi apa-apa pun..

aku sendiri bangga dengan diri aku. asal-usul aku. aku tahu aku siapa. aku tahu mana tempat aku. aku tahu asal-usul aku. ya. aku mengaku. aku bukan orang bandar. dekat mata orang lain tempat aku duduk tak ada benda yang boleh dibanggakan. tapi dekat mata aku.. aku bangga sangat dengan tempat aku duduk sekarang. even though tempat ni kecil tak macam bandar besar tu aku still bangga sebab dapat duduk sini. takde tempat lain pun macam tempat aku duduk ni. aku bangga jadi orang Nilai. mungkin tak ramai pun tahu Nilai tu dekat mana. Nilai ni bukan nya bandar besar macam Kuala Lumpur yang semua orang pun tahu. Nilai ni kecil sahaja. Nilai letak nya dekat Negeri Sembilan. kalau dekat peta Malaysia tu.. adalah nampak tak nampak je Nilai ni.. tapi aku bangga weh dengan daerah kecil ni. aku selalu cerita dekat prang pasal Nilai. aku tak cerita pun pasal bandar besar yang lain. untuk apa aku cerita? bukan aku ada dalam kalangan orang-orang sana. aku sedar siapa aku. asal usul aku.

entry ni bukan nak caci maki siapa. bukan nak tunding jari mengata pasal siapa. cuma nak sedar kan manusia tentang penting nya ingat asal usul kita. bangga la dengan tempat kita berteduh, berlindung. jangan nak bangga sangat dengan tempat orang. hujan batu dekat tempat orang. hujan emas dekat negeri snedri. harap-harap sesiapa yang ada perangai yang macam ni berubah la lepas baca entry ini. jangan nak bodoh kan diri sendiri sangat.. okie. itu sahaja. peace!




sekian,
qla husin.

No comments: